FAQ
Upload

Loading...

Sinetron Ratapan Anak Tiri

62,738

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Mar 31, 2010

WISNU, seorang pengusaha muda dan kaya, harus kehilangan istrinya, CITRA, yang meninggal saat melahirkan anak mereka yang ketiga. Sebelum meninggal CITRA sempat berpesan pada WISNU untuk menikahi RINDA, sahabatnya, kerana hanya RINDA-lah satu-satunya orang yang dia percayai. Pada mulanya WISNU tidak serius mengenai permintaan CITRA. Namun bila dia melihat RINDA begitu bersungguh-sungguh mengurus ketiga-tiga anaknya, WISNU-pun akhirnya memperisterikan RINDA.

Setelah berkahwin, RINDA menunjukkan dirinya yang sebenar. Rupanya selama ini dia telah berpakat dengan kekasihnya, ERWIN, untuk mengambil-alih harta kekayaan WISNU. ERWIN sendiri merupakan pegawai di pejabat WISNU. RINDA yang selama ini kelihatan lemah lembut dan bersifat keibuan, berubah menjadi jahat dan kejam. RINDA sudah mula bersikap kejam terhadap ketiga-tiga anak WISNU, iaitu MARSHA, FIKA dan RIZKI yang masih bayi lagi.

ADI, sahabat baik WISNU, mengetahui rancangan jahat RINDA dan ERWIN. ADI berniat memberitahukan hal ini pada WISNU. Tapi malangnya, ERWIN dan RINDA membunuh ADI dan mengaitkan perbuatan itu kepada WISNU sehingga dia ditahan dan dipenjarakan.

Akibatnya, disekolah MARSHA dan FIKA dihina bahkan dijauhi oleh kawan-kawannya kerana mempunyai ayah seorang pembunuh. Hal ini membuat mereka sangat sedih. Namun kesedihan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan perbuatan ibu tiri mereka yang sanggup mengusir mereka tiga beradik keluar dari rumah.

Mereka terpaksa berjalan tanpa tujuan ditengah-tengah ibu kota dan melalui segala pahit maung bersama. Berbagai masalah yang datang silih berganti, dari ancaman lelaki jahat hingga ke keperitan hidup sehinggakan mereka terpaksa mencari makan dengan mengemis, mencuri, menjadi pembantu rumah....sampai satu masa mereka terpaksa berpisah antara satu sama lain.

Bagaimanakah mereka menghadapi segala cobaan hidup itu? Adakah mereka tabah menghadapinya? Apakah ketiga-tiga beradik ini dapat bersatu kembali dan berjumpa dengan ayah mereka? Mungkinkah nanti nasib baik berpihak kepada mereka?

Loading...

Autoplay When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up Next


to add this to Watch Later

Add to